Thursday, 24 July 2014

M.A.C

Sebenarnya, ada beberapa barang yang saya baru beli! Kesemuanya barangan solek!

Hari 10: Gambar barang terakhir saya beli.

 Saya memang gemar membeli barangan solek. Tetapi tidak semuanya saya gunakan! Saya juga jenis yang suka simpan berbagai barangan solek tetapi tidak berani menggunakan semuanya. Membeli barangan seperti ini adalah salah satu cara untuk saya melepaskan tekanan hidup! Haha! Sejujurnya, memang saya akan rasa puas hati dan gembira apabila membeli belah. Soalannya, adakah barang itu akan saya gunakan? Itulah masalah hidup saya. Susah ingin saya buangkan tabiat ini! Tetapi semenjak saya mula menabung, perkara seperti ini sudah berkurangan, walaupun saya masih tetap suka mebeli-belah! Kerana sudah lama saya menabung, ini saya beli sebagai habuan buat diri sendiri kerana berjaya bertahan dan menabung! Maklumlah, saya ini seorang wanita. Bukankah naluri kebanyakan wanita suka mebeli-belah? Hahaha.



Ini adalah antara satu barangan yang baru sahaja dibeli. Boleh dikatan ini adalah 'impian menjadi nyata'! Sudah lama juga saya menanti untuk memegang barangan ini. Akhirnya! Walaupun kini sudah setengah berlobang beg duit saya, tidak mengapa! Apa yang penting saya gembira! Selepas ini, kembalilah saya dengan rutin bulanan iaitu menabung!! 
Saya paling tidak suka berbelanja tetapi dalam masa yang sama saya suka mebeli-belah. Bagaimanakah itu? Saya sendiri kurang pasti! Tetapi itulah saya! 

Untuk awak, terima kasih sebab memahami! Awak tak pernah marah atau halang saya sebab selalu belanja walaupun saya tahu awak kurang senang dengannya! Saya akan cuba untuk buang tabiat suka berbelanja ini, janji! ✌️

Hidup..... Untuk Makan!!!

Hari 9: Gambar tempat makan kegemaran saya! 

Apabila bercakap tentang makanan, pasti naik semangat saya! Mana lah tak gebu pipi saya ini! Sejujurnya, saya tiada pilihan bagi tempat kegemaran, kerana setiap tempat yang pernah saya kunjungi berkali-kali, pasti ada sahaja yang memikat perut saya! Saya juga suka mencuba makanan yang belum pernah dijumpai di tempat lain, apatah lagi jika nama hidangan itu sangat unik! Pasti ia akan menarik saya untuk mencuba. Jika anda seorang yang tidak suka mencuba makanan baru, dan sentiasa memilih makanan yang sudah seumur hidup anda telan, maka sesungguhnya anda dalam kerugian! Dahulu, saya takut untuk mencuba makanan-makanan baru, kini, baru saya sedar betapa luasnya aneka makanan yang ada. Saya benar-benar tidak boleh memilih tempat makan kegemaran saya, termasuklah makanan kegemaran saya! Tetapi yang peliknya, saya ini kurang gemar dengan daging, sama ada kambing atau lembu. Saya lebih gemar makanan laut! Oleh itu, saya memilih tempat ini sebagai antara salah satu tempat makan kegemaran saya. Sudah tentu saya memilih tempat ini bukan kerana makanannya keseluruhan. Akan tetapi, ada satu hidangan, hanya terdapat di sini yang membuatkan saya seperti berada di 'cloud9'!! 


Inilah dia! Hidangan yang menarik saya kembali ke Restoran Swensens. Nak pujuk saya? Senang sahaja, belanja saya makan ini! Rasanya kali terakhir saya menikmati hidangan ini ialah dalam lebih kurang dua bulan yang lalu! Bercakap tentangnya juga sudah membuatkan saya teringin pegi ke Restoran Swensens SEKARANG juga!! Ada sesiapa yang baik hati ingin belanja saya? Kalau tidak, Awak juga lah jawapannya kan! 

نوردانيال

Ku harapkan terus bersamaMu, selamanya...

Ku menantimu Saban waktu Bangkit jiwaku Kau suluh hatiku Dengan sinar Kudus kasihmu
Ku harap kan terus Bersamamu selamanya Ramadan, Ramadan Ramadan di hati Ramadan, Ramadan

Ku mohon usah pergi Rahmat melimpah Damainya ku rasakan Ramadan bulan al-Quran

Mendidik jiwaku Menyuburkan iman Ku harap kan terus Bersamamu selamanya Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati Ramadan, Ramadan Ku mohon usah pergi Sememangnya kau ku nantikan

Hadirmu hidupkan suram di jiwaku Dan ku berjanji Akan ku teruskan Semangatmu itu 

Sepanjang hidupku Oh Ramadan Ramadan, Ramadan Ramadan di hati Ramadan, Ramadan

Ku mohon usah pergi


Hari 8: Lagu yang 'kena' dengan mood saya sekarang. 

Pertama kali lagu ini dimainkan, hati ini menjadi sayu. Mengalir air mata tanpa disedari. Lagu ini memperingati betapa mulianya Bulan yang suci ini, rasanya rugi sekali jika tidak dimanfaatkan sepenuhnya dengan baik. Sudah tibanya dia pergi meninggalkan kami semua. Alangkah cepatnya masa berlalu.. Mungkinkah kita akan berjumpa dengannya lagi? Atau ini adalah pertemuan yang terakhir.. InsyaAllah dengan penuh harapan, kita akan bertemu lagi. Jika tidak.. Terima kasih kerana menyinari hidup kita semua walaupun sebentar. Akan kami semua merinduimu, wahai kekasihku Ramadhan..


Di saat-saat akhir bulan yang mulia ini, hendaklah kita semua berlumba-lumba memanfaatkannya dengan baik sebelum ia meninggalkan kita. Lagu ini dapat dirasakan apa yang ingin disampaikan jika dimainkan dalam Bahasa Arab. Lagu ini mempunyai tiga versi bahasa yang berlainan, dan yang paling saya gemar dan tidak henti mendengarnya ialah Bahasa Arab kerana kekatanya lebih menusuk kalbu. 
Mengapakah kita sering lalai dan tidak mengingatinya waktu kehadirannya? Mengapakah pada hampir saat pemergiannya baru kita sedar kasih dan sayang kita terhadapnya? Mungkin masih belum terlambat.. Empat hari lagi sebelum pemergiaannya. Luangkanlah masa lapang kita bersamanya seolah-olah ini adalah pertemuan terkakhir. Salam sayang dariku, hamba yang sering lalai dan melupakanmu, sehingga kita bertemu lagi di masa hadapan kelak jika panjang umur, InsyaAllah.

أنا لن أنساك فأنت في قلبي دائما

نوردانيال

090211❤️

Jodoh itu milik kita~ 

Hari 7: Majlis perkahwinan idaman saya.

1) Masa
-Tahun: 201-(awak tahu saya tahu)
-Bulan: Februari (jika tidak ada halangan)
-Hari: Jumaat-Sabtu
-3 hingga 6 petang (untuk tetamu yang tak penting langsung dan yang tidak dikenali tetapi ibu bapa saya yang jemput haha)
-7 hingga 10 malam (untuk para tetamu yang saya sendiri jemput!)

2) Tempat
-Tepi pantai/ taman (mana nak cari tempat yang sesuai di Singapura ni?!)

3) Tema
-Warna: Putih/Champagne/Merah/Rose Gold/Merah Jambu Coral  
-Taman bunga
  Bunga Ros/Cherry Blossom
-Pakaian: apa-apa sahaja yang penting jangan melebihi saya ya. Haha

4)Dengan Siapa
Awak lah siapa lagi kaaaaaaan. Kalau saya tak cakap awak nanti merajuk susah!


Sejujurnya, memang saya mempunyai impian yang sangat besar untuk hari istimewa ini. Semuanya (saya tidak bergurau, semuanya!!) telah saya susun dalam kepala, hanya tinggal luahkan sahaja! Sayangnya, ini bukan tempat dan masa yang sesuai untuk saya kongsikan Majlis Perkahwinan Idaman Saya. Akan saya kongsikan dengan lebih jelas, setelah anda semua terima kad undangan dari saya. Haha, datang dan lihatlah sendiri ya. 

Berdoalah, kerana Dia yang menentukan segalanya. Kalau jodoh itu milik kita, pasti kita akan bersama. 


Eat.Pray.Love
نوردانيال


Masa, hanya engkaulah yang kami harapkan.

Tuesday, 22 July 2014

Si Comel

Arnaaab!

Hari 6: Gambar haiwan yang saya ingin jadikan haiwan peliharaan

Jika saya diberi pilihan, pasti saya inginkan si comel ini berada di rumah. Melihatnya bermain-bermain akan membuatkan suasana lebih meriah! Saya pernah impikan untuk memiliki haiwan peliharaan, tetapi belum tiba masanya lagi.



Lihat betapa comelnya Arnab ini! Wahai sayangku, jadilah milikku satu hari kelak! Saya lebih gemar Arnab yang lebih kecil! Saya bukan seorang penggemar haiwan, tetapi saya sangat tertarik hari dengan haiwan-haiwan yang comel seperti Arab. Saya tidak pernah terfikir pula bagaimana caranya menjaga haiwan peliharaan. Saya tidak suka pada bau-bauan dan kotoran. Tetapi jika saya mimiliki haiwan peliharaan mepunyaan saya sendiri, pasti saya akan menjaganya dengan baik. 


Ada sesiapa yang baik hati ingin menghadiahkan saya Arnab secomel ini? "Awaaak, saya nak Arnab ni!!" 



Cair saya melihat gambar ini! Setiap kali saya melihat gambar haiwan-haiwan yang comel, saya akan menjadi sangat teruja seakan-akan saya melihat bayi yang comel! Saya mahukan Arnab sama seperti gambar yang di atas, tidak terlalu bersar saiznya dan juga warnanya cerah! Pasti comel (sudah 7 kali saya gunakan perkataan ini! Tiada perkataan lain yang lebih sesuai selain daripada comellll!) melihatnya bermain dan berlari-lari di halaman rumah! Bercakap tentang Arnab juga sudah membuat saya geram dan ingin memilikinya sekarang juga! 

"Awak, saya nak Arnab ni!"

نوردانيال

"It is hereby certified that..."



Dengan ini dimaklumkan bahawa Ijazah (belum pasti lagi) akan diberikan kepada.........

Hari 4: Betapa penting pendidikan bagi saya

Sudah pasti sememangnya pendidikan itu penting, tetapi ia bukanlah saya letakkan sebagai keutamaan dalam hidup saya. Setiap individu mempunyai pemikiran dan pendapat yang berlaian. Bagi saya, perkara lain juga penting, mengapa harus saya mengejar untuk mendapatkan pendidikan tanpa menghiraukan perkara lain? Menimba ilmu itu seumur hidup, jadi tidak usahlah terburu-buru. Ini pendapat saya, kerana ingin kesemuanya seimbang, saya tidak kisah jika saya terlambat atau sudah lanjut usia untuk mendapatkan ijazah. Apa yang penting bagi saya ialah semuanya seimbang. Saya tidak mahu memberatkan sesuatu perkara dalam hidup. Jika saya ada kelapangan masa dan murah rezeki, InsyaAllah saya akan menyambung pelajaran saya hingga ke menara gading. Saya tidak katakan bahawa saya tidak mahu meneruskan pelajaran. Saya juga mempunyai impian. Saya juga ingin menggenggam segulung ijazah di tangan saya. Tetapi masalahnya, saya ingin kesemuanya berlaku dalam satu masa. Mustahil bukan? Dan kerana inilah, saya tidak meletakkan pembelajaran sebagai keutamaan. Saya pasti satu hari nanti, saya akan sampai ke sana walau sejauh mana pun perjalanannya. Mungkin dahulu, impian adalah keutamaan bagi saya. Kini, keadaan berubah. Apa yang kita rancang tidak semestinya akan berlaku, maka saya terima saya jalan yang harus saya lalui. Jangan sangka saya ini seorang yang malas dan tidak mementingkan pendidikan. Apa yang lebih penting ialah saya membesar menjadi seorang yang berguna dan juga bermanfaat bagi yang lain, bukan sekadar memiliki kertas yang tertulis nama sahaja. Itulah sebenarnya makna pendidikan bagi saya. Jika seseorang itu sudah dewasa kelak dan berguna kepada masyarakat, maka itu sudah cukup sempurna bagi saya. Pangkat dan kertas, hanya dilihat pada waktu diraihnya sahaja. Pada akhir hari, kita akan dinilai melalui percakapan dan akhlak kita. 

Semoga kita berjaya bersama-sama satu hari nanti. 

نوردانيال

Sunday, 20 July 2014

Aku dan Dia

Awak, awak dan awak ❤️

Hari 4: Gambar bersama sahabat baik yang paling saya suka.

Sukar bagi saya untuk memilih mana yang paling saya suka! Apa salahnya  jikalau saya katakan bahawa saya suka kesemuaaaaa gambar-gambar ini?


1) Dahulu dan Kini. Bersama sahabat karibku, ❤️ 'BFF' ;p
Kami ini seperti 'Tom and Jerry'! sering bertengkar, tetapi saling memerlukan satu sama lain!                             
Sudah 8 tahun (maaf jika salah!) kami bersahabat baik. Buruk baik saya, dialah yang tahu semuanya. 
Segala rahsia ada di genggamannya.Walaupun kini kami sering tidak bertemu, kami tetap setia bersama!

2) Orang kata kami ini suami isteri, selalu berkepit kemana jua kami berada. Sungguh tidak! Saya tidak mahu sehidup semati dengan awak ya! Minta maaf, sudah dicuri tempat tersebut;p Inilah orangnya, yang membuatkan orang lain melabelkan saya sebagai seorang yang kasar! 
                     
Mengapa? Kerana dia terlalu lembut dan penuh dengan ciri-ciri kewanitaan. Sekali lagi, sungguh tidak! Jangan tertipu dengan kesopananya, dan juga sifatnya yang pendiam dan pemalu. Diam-diam ubi berisi!   

3) Inilah keceriaan saya apabila ke sekolah setiap hari! Badut-badut saya! ;P mereka tidak pernah gagal meletakkan senyuman di bibir saya. Saya sering tenggelam di dalam gelak ketawa kerana jenaka mereka. Merekalah yang bersama saya pada setiap masa kesusahan (contohnya apabila saya tidak sanggup lagi hendak menerus mendengar kuliah kerana kepenatan) 
                                         
Mereka adalah yang terbaik apabila diberi tugasan berkumpulan, dan mereka juga tidak pernah putus menolong apa sahaja yang saya perlukan. Jangan lari dari saya ya! Duduk diam-diam di sebelah kiri dan kanan saya ya! 


❤️❤️❤️
نوردانيال