Tuesday, 22 July 2014

"It is hereby certified that..."



Dengan ini dimaklumkan bahawa Ijazah (belum pasti lagi) akan diberikan kepada.........

Hari 4: Betapa penting pendidikan bagi saya

Sudah pasti sememangnya pendidikan itu penting, tetapi ia bukanlah saya letakkan sebagai keutamaan dalam hidup saya. Setiap individu mempunyai pemikiran dan pendapat yang berlaian. Bagi saya, perkara lain juga penting, mengapa harus saya mengejar untuk mendapatkan pendidikan tanpa menghiraukan perkara lain? Menimba ilmu itu seumur hidup, jadi tidak usahlah terburu-buru. Ini pendapat saya, kerana ingin kesemuanya seimbang, saya tidak kisah jika saya terlambat atau sudah lanjut usia untuk mendapatkan ijazah. Apa yang penting bagi saya ialah semuanya seimbang. Saya tidak mahu memberatkan sesuatu perkara dalam hidup. Jika saya ada kelapangan masa dan murah rezeki, InsyaAllah saya akan menyambung pelajaran saya hingga ke menara gading. Saya tidak katakan bahawa saya tidak mahu meneruskan pelajaran. Saya juga mempunyai impian. Saya juga ingin menggenggam segulung ijazah di tangan saya. Tetapi masalahnya, saya ingin kesemuanya berlaku dalam satu masa. Mustahil bukan? Dan kerana inilah, saya tidak meletakkan pembelajaran sebagai keutamaan. Saya pasti satu hari nanti, saya akan sampai ke sana walau sejauh mana pun perjalanannya. Mungkin dahulu, impian adalah keutamaan bagi saya. Kini, keadaan berubah. Apa yang kita rancang tidak semestinya akan berlaku, maka saya terima saya jalan yang harus saya lalui. Jangan sangka saya ini seorang yang malas dan tidak mementingkan pendidikan. Apa yang lebih penting ialah saya membesar menjadi seorang yang berguna dan juga bermanfaat bagi yang lain, bukan sekadar memiliki kertas yang tertulis nama sahaja. Itulah sebenarnya makna pendidikan bagi saya. Jika seseorang itu sudah dewasa kelak dan berguna kepada masyarakat, maka itu sudah cukup sempurna bagi saya. Pangkat dan kertas, hanya dilihat pada waktu diraihnya sahaja. Pada akhir hari, kita akan dinilai melalui percakapan dan akhlak kita. 

Semoga kita berjaya bersama-sama satu hari nanti. 

نوردانيال

No comments:

Post a Comment