Awak, awak dan awak ❤️
Hari 4: Gambar bersama sahabat baik yang paling saya suka.
Sukar bagi saya untuk memilih mana yang paling saya suka! Apa salahnya jikalau saya katakan bahawa saya suka kesemuaaaaa gambar-gambar ini?
1) Dahulu dan Kini. Bersama sahabat karibku, ❤️ 'BFF' ;p
Sudah 8 tahun (maaf jika salah!) kami bersahabat baik. Buruk baik saya, dialah yang tahu semuanya.
Segala rahsia ada di genggamannya.Walaupun kini kami sering tidak bertemu, kami tetap setia bersama!
2) Orang kata kami ini suami isteri, selalu berkepit kemana jua kami berada. Sungguh tidak! Saya tidak mahu sehidup semati dengan awak ya! Minta maaf, sudah dicuri tempat tersebut;p Inilah orangnya, yang membuatkan orang lain melabelkan saya sebagai seorang yang kasar!


Mengapa? Kerana dia terlalu lembut dan penuh dengan ciri-ciri kewanitaan. Sekali lagi, sungguh tidak! Jangan tertipu dengan kesopananya, dan juga sifatnya yang pendiam dan pemalu. Diam-diam ubi berisi!
3) Inilah keceriaan saya apabila ke sekolah setiap hari! Badut-badut saya! ;P mereka tidak pernah gagal meletakkan senyuman di bibir saya. Saya sering tenggelam di dalam gelak ketawa kerana jenaka mereka. Merekalah yang bersama saya pada setiap masa kesusahan (contohnya apabila saya tidak sanggup lagi hendak menerus mendengar kuliah kerana kepenatan)

Mereka adalah yang terbaik apabila diberi tugasan berkumpulan, dan mereka juga tidak pernah putus menolong apa sahaja yang saya perlukan. Jangan lari dari saya ya! Duduk diam-diam di sebelah kiri dan kanan saya ya!

Mereka adalah yang terbaik apabila diberi tugasan berkumpulan, dan mereka juga tidak pernah putus menolong apa sahaja yang saya perlukan. Jangan lari dari saya ya! Duduk diam-diam di sebelah kiri dan kanan saya ya!
❤️❤️❤️
نوردانيال
Salam sekali lagi, jujur saya katakan, entri awak sangat berwarna-warni! Menarik juga kerana cara awak mengubahsuai gambar-gambar sangat kreatif! Saya suka sangat sangat sangat! Hehehehe...
ReplyDeleteSecara kesulurahan, bahasa yang digunakan agak baik. Syabas!