Dengarlah Bintang Hatiku
Dengarlah bintang hatiku, aku akan menjagamuDalam hidup dan matiku, hanya kaulah yang ku tujuDan teringat janjiku padamu, suatu hari pasti akan ku tepati
Hari 1: Lagu kegemaran saya.
Lirik pada setiap lagu mempunyai makna. Sama ada ia memberi mesej yang jelas ataupun tersirat. Lagu juga memberi kesan yang berbeza kepada setiap individu. Ini adalah antara sebab mengapa saya memilih lagu ini sebagai lagu kegemaran saya. Pertama sekali, saya bukanlah seorang penggemar mendengar lagu, apalagi lagu yang berbahasa melayu. Saya akui lagu boleh menenangkan fikiran dan juga boleh membawa kita tenggelam dalam imaginasi. Kedua, lirik pada setiap lagu amat penting. Saya menilai sebuah lagu itu melalui liriknya. Lagu-lagu yang sering sayang dengari kebanyakannya bukan berbahasa melayu. Ini kerana pada pendapat saya majoriti lagu melayu kini kesemuanya mempunyai unsur-unsur yang bekaitan dengan cinta. Cinta sahaja yang mereka tahu. Mana pergi lagu-lagu yang memberi pengajaran dan manfaat bagi pendengar-pendengarnya? Oleh kerana saya bukanlah seorang yang penggemar mendengar lagu dan mengikut 'trend' lagu masa kini, saya memmilih lagu ini sebagai lagu kegemaran saya. Jikalau saya diberi pilihan untuk memilih lagu kegemaran saya, pasti dan tentu sekali saya akan memilih lagu hindi. Ini kerana saya gemar, atau boleh dikatakan fanatik filem-filem hindi! Walaubagaimanapun, lagu ini akan dikategorikan sebagai antara salah satu lagu yang saya minati, bukan sahaja terletak pada liriknya, tetapi bunyian atau 'tune'nya juga. Lagu ini boleh ditujukan buat yang teristimewa, tidak kira siapa sahaja. Ia menunjukkan sebuah pengorbanan seseorang terhadap seseorang yang amat disayangi. (Tidak semestinya 'buah hati' sahaja ya)
Mengapa lagu ini bermakna bagi saya? Jawapannya, biarlah rahsia. (sebenarnya sudah terang lagi bersuluh!)
Aku akan menjagamu semampu dan sebisakuWalau ku tahu ragamu tak utuhKu terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluhKarena bagiku engkaulah nyawaku
Nyanyian: De Meises
نوردادنيال
No comments:
Post a Comment