Hari 2: Filem kegemaran saya
Lewat ini ku rasakan Kasih kian ku dambakan Resah hati yang ku pendam Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan Siapa tahu ketentuan Ku mencari cahayanya Dalam bayang kegelapan
Filem ini mengisahkan tentang dua beradik yang bertentangan sifat. Aidil-Abang ialah seorang taat kepada ibu bapa dan tidak pernah lalai dalam agama. Manakala Adam-Adik, ialah seorang yang lalai, tenggelam dalam nikmat dunia dan membenci terutama sekali bapanya, kerana memori silam yang sukar dilupakan. Filem ini memaparkan realiti kehidupan manusia, dimana mereka diberi berbagai rintangan dalam hidup. Sejauh manakah dapat mereka harungi? Dalam kategori 'Drama Melayu', inilah filem yang terbaik yang pernah saya tontoni. Malah saya sanggup menontonnya semula sekali lagi! Mengapa sebabnya saya memilih filem ini kerana ia menunjukkan bagaimana manusia diberi cabaran oleh tuhan, dan bagaimana seseorang itu boleh berubah menjadi manusia yang lebih sempurna. Tetapi apa yang lebih menonjol dalam filem ini sudah pastinya kisah cinta antara Adam dan isterinya Nur Amina. ( don't judge k)
Nasib hidup dan pilihan Lain hukum setiap insan Mengharapkan perjalanan Dalam maya kesamaran
Filem ini penuh dengan pengajaran yang dapat kita pelajari. Pertama sekali ialah Redha atas KetentuanNya. Apa yang telah ditentukan olehNya pasti ada Hikmah disebalik ketentuan tersebut, maka haruslah kita terima dengan terbuka hati dan bersangka baik. Kedua, Sabar. Bersabar adalah kunci pertama dalam menjalani hidup ini. Jangan pernah mengalah, pasti dengan pertolonganNya, kita akan dapat mengaharungi perjalanan hidup ini. Ketiga, jangan pernah berhenti berdoa dan meminta kepadaNya. Nescaya, hidup ini akan lebih diberkati dan pasti apa yang kita inginkan akan diberi jika kita bersungguh-sungguh dalam berdoa.
Ingin tahu kisah selanjutnya? Tontonlah drama ini ok!
Percayalah bahawa sesungguhnya Ajal, Maut, Jodoh dan Pertemuan semuanya di tangan Tuhan.
نوردانيال

No comments:
Post a Comment